Saturday, March 28, 2009

Karangan jenis catatan




Rangka karangan

Pendahuluan
sarapan - memulakan perjalanan ke kota A' Farmosa

Isi 1
kota A' Farmosa- tinggalan penjajah Portugis - menjajah Tanah Melayu pada abad ke 16 - bergambar di kota A'Farmosa.

Isi 2
banyak pelancong asing yang melawat kota A'Farmosa - melihat tinggalan sejarah

Isi 3
melawat ke perigi Hang Tuah - menurut cerita lisan- terdapat buaya putih mendiami perigi itu.

Isi 4
berkemas-kemas untuk pulang ke Kuala Lumpur

Penutup
banyak menimba pengalaman - berat hati untuk pulang

Friday, March 27, 2009

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform





Rangka karangan :

Pendahuluan:
Perkhemahan unit beruniform sekolah- disertai oleh semua unit beruniform.

Isi 1
diadakan di kawasan sekolah-berlangsung selama 3 hari

Isi 2
pelbagai aktiviti diadakan-mendirikan khemah, memasak dan sebagainya

Isi 3
ada aktiviti berbentuk pertandingan-khemah terbersih dan paling kreatif
-membina menara- aktiviti berkawad

Isi 4
ceramah agama dan motivasi-bersolat secara berjemaah-membentuk sahsiah diri

Penutup
berjaya mencapai matlamat-banyak pengalaman

Simpulan Bahasa


Nota
1. Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling mudah.
2. Terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
3. Contoh-contoh simpulan bahasa ialah seperti
a) ada bakat - mempunyai tokoh atau perwatakan
b) ada hati - ada keinginan melebihi kesanggupan
c) akal kancil - tipu daya yang licik
d) atas angin - negara-negara barat
e) ayam tambatan - orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan.
f) bawah angin - negara-negara di sebelah timur
g) bulat kata- sepakat
h) bermuka dua - tidak jujur
i) durian runtuh - keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
j) gelap mata- hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
k) habis akal - habis segala usaha atau bingung
l) ibu pertiwi - negeri sendiri atau tanah air
m) kacang hantu - orang yang jahat dan suka menganggu orang lain
n) lintah darat - orang yang mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang dikenakan
o) mengadu domba- memperlagakan orang lain atau memecah- belahkan.

Kempen Alam Bersih di tempat saya

Rangka karangan
Pendahuluan
- Minggu lepas
- untuk mewujudkan suasana bersih dan ceria
Isi 1
Pelbagai aktiviti - bergotong-royong, pertandingan rumah ceria, pertandingan melukis, ceramah kesihatan dan pameran kesihatan.
Isi 2
Aktiviti gotong-royong- membersihkan longkang, menebas rumput, membersih kawasan sekitar
Isi 3
Aktiviti menanam pokok bunga - ceriakan suasana.
Isi 4
Membersihkan kawasan kampung - sampah sarap dan bekas bertakung dibuang - elakkan pembiakan nyamuk aedes
Penutup
-Kerjasama yang baik oleh penduduk.
-Sepakat dalam menjalankan sesuatu perkara.
- Pepatah " Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing"

Sebuah pemandangan di taman bunga


Di Johor Bahru terdapat sebuah taman bunga yang amat cantik. Ia sering kali menjaditempat riadah kepada warga Johor untuk melepaskan kepenatan selepas bekerja.